Posts

Showing posts from April, 2010

Virus

Salam Blogger... Salam 1 Malaysia... Salam Teratak Fikiran... Sebelum saya mulakan coretan dan komentar saya pada kali ini, saya ingin memohon maaf kerana saya terlalu sibuk dan tidak punya banyak masa untuk menokok tambah ceritera dalam blog ini. Tetapi, sepanjang saya berada di luar, saya melihat berbagai benda berlaku disekeliling saya. Ada yang mengarut, ada yang elok, ada juga yang tak masuk dek akal fikiran. Walau bagaimana pun, ada yang lebih penting dari perkara politik dan seni iaitu - kesihatan. Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati Allah sekalian, H1N1.. Virus ini telah pun mengorbankan 2 anak beranak dalam minggu yang sama pada awal bulan April ini dan banyak pula orang yang disahkan mengidap serta mempunyai simptom ILI. 3 sekolah di langkawi ditutup, 29 orang di Ipoh disahkan positif, dan 30 lebih orang juga disahkan positif di Kuala Kubu Baru dan setakat ini, kes penghidap H1N1 atau simptom serupa dengannya telah dilaporkan meningkat oleh Kementeria