Posts

Virus

Salam Blogger... Salam 1 Malaysia... Salam Teratak Fikiran... Sebelum saya mulakan coretan dan komentar saya pada kali ini, saya ingin memohon maaf kerana saya terlalu sibuk dan tidak punya banyak masa untuk menokok tambah ceritera dalam blog ini. Tetapi, sepanjang saya berada di luar, saya melihat berbagai benda berlaku disekeliling saya. Ada yang mengarut, ada yang elok, ada juga yang tak masuk dek akal fikiran. Walau bagaimana pun, ada yang lebih penting dari perkara politik dan seni iaitu - kesihatan. Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati Allah sekalian, H1N1.. Virus ini telah pun mengorbankan 2 anak beranak dalam minggu yang sama pada awal bulan April ini dan banyak pula orang yang disahkan mengidap serta mempunyai simptom ILI. 3 sekolah di langkawi ditutup, 29 orang di Ipoh disahkan positif, dan 30 lebih orang juga disahkan positif di Kuala Kubu Baru dan setakat ini, kes penghidap H1N1 atau simptom serupa dengannya telah dilaporkan meningkat oleh Kementeria

Ketuanan Melayu Dipersoal, Kini, Kalimah Allah Pula...

Image
Para pembaca sekalian, Terima kasih pada kalian yang sudi mengikuti perkembangan blog saya ini. Seperti yang kita semua sudah maklum, terdapat satu isu yang sangat sensitif yang sedang diperkatakan, diperdebatkan dan di bicarakan di Mahkamah, kedai roti canai Wak Highway, kedai makan Cik Su serta bengkel kereta Harimau Tenggara di Muadzam Shah  - tentang Allah SWT serta Kalimah Nya. Semua benda kini dipersoal... Ketuanan Melayu diperlekeh dan dipersoal... Allah Ta'ala dan Kalimah Nya pun dipersoal... Apa yang kita sudah lakukan sebagai Muslim Mukmin yang percaya dengan jiwa dan sanubari kepada Allah SWT dan Kalimah Nya?? Allah SWT berfirman:   فَلَا أُقْسِمُ بِرَبِّ الْمَشَارِقِ وَالْمَغَارِبِ إِنَّا لَقَادِرُونَ Maka Aku bersumpah dengan Tuhan Yang Mengatur tempat terbit dan terbenamnya matahari, bulan dan bintang; sesungguhnya Kami benar-benar Maha Kuasa.( al ma'arij: 40) Percayakah kita dengan kata-kata Allah dalam Al-Quran ini? Jikalau jawapan anda Y

Sikap "Tak Pe Lah"

Pembaca yang di Rahmati Allah SWT sekalian, Kurang dari 48 jam yang lalu, kita di kejutkan dengan kejadian pembunuhan yang teramat kejam di Gemencheh, Negeri Sembilan. Empat sekeluarga di bunuh dengan cara yang amat mengerikan di mana salah seorang telah di tetak sehingga putus kepala, kemudian dua lagi putus tangan kiri dan kanan dan akhir sekali seorang perempuan yang dadanya di tusuk dengan pisau- Pisau itu masih melekat lagi di dada mangsa apabila seorang lagi ahli keluarga yang baru pulang dari sekolah menjumpai mangsa di rumah. Seorang lelaki iaitu cucu kepada mangsa telah hilang dan dia adalah orang yang disyaki membunuh keempat-empat mangsa. Lelaki yang disyaki itu dipercayai sebagai seorang penagih dan mungkin mempunyai rekod-rekod jenayah yang lain. Polis kini sedang menjalankan siasatan rapi terhadap kes yang menyayat hati ini. Para pembaca sekalian, Ini adalah satu kejadian yang membuatkan saya sangat bimbang tentang masa depan Bangsa Melayu. Seperti yang kalian tel

Buat Julung Kali

Image
Salam... Dengan nama bangsa melayu, serta anak watan jati negeri Pahang Darul Makmur. Saya, Muhammad Israr Mokhtar, dengan ini merasmikan blog yang diberi nama "Teratak Fikiran". Alhamdulillah... Sesungguhnya saya sudah berjaya merialisasikan kawasan sawang (website) sendiri. Atas usaha sama dengan adinda Shaznia yang telah memberikan banyak tunjuk ajar kepada saya. Terima Kasih saya ucapkan pada adinda sahabatku Shaznia. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya akan mengunakan dua bahasa dalam setiap coretan di dalam blog ini. Sebagai pembuka tirai, saya menggunakan Bahasa Melayu untuk coretan pertama blog ini. Saya mungkin akan menggunakan Bahasa Inggeris untuk coretan kedua. Tetapi, ianya bergantung kepada keadaan psikologi saya pada waktu itu. Saya berharap dapat menggunakan kawasan sawang ini untuk menjana idea, menyampaikan suara diri dan rakyat, serta berkongsi pengalaman dan kepakaran supaya ianya dapat digunakan oleh seluruh lapisan masyarakat, khususnya b